MILDEF HMAV 4 X4, ANAK KULIM KEDAH HASILKAN KERETA PERISAI PERTAMA NEGARA
Ini bukan rebadge, ini bukan kolaborasi tetapi ini ialah rekabentuk dan buatan anak watan kita sendiri. Syarikat Mildef International Technologies di Sepang mempunyai 140 orang tenaga mahir Bumiputra sepenuhnya, dan sudah lama berkecimpung dalam bidang teknologi kenderaan berperisai untuk tujuan ketenteraan. Dengan pelangganpelanggan dari seluruh dunia, syarikat Datuk Seri Mohd Nizam Kasa, anak Kulim, Kedah kini bangkit untuk mempersembahkan produknya sendiri MILDEF HMAV 4X4. Dibantu oleh enjin dari Caterpillar, transmisi dari Allison dan gandar buatan Perancis, kenderaan berperisai mobiliti tinggi ini sudah menarik perhatian negara negara luar untuk dibeli.
|
|